3 Model Bisnes Yang Boleh Dipakai Bila Berniaga Di Ebay

Bila berniaga di ebay, 3 model bisnes ini boleh kita gunakan. Ikut keperluan dan tahap bisnes kita. 3 cara ini dikongsikan oleh Dr Zul Ariffin melalui status di Facebook beliau.

Bagaimana pun, 3 model bisnes ini ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Mari kita fokus kepada kelebihannya. Profit bisne ebay ini amat tinggi, jadi jadikan kekurangan itu perkara kecil sahaja. Fokus pada hasilnya yang besar.

3 model bisnes yang boleh dipraktik bila berniaga di ebay:

tip bisnes ebay

===

1 – Model Dropship

Ini untuk penjual yang baru mahu mula berniaga di ebay. Akaun penjual biasanya berstatus casual seller. Tapi ada juga penjual yang sudah top rated seller masih menggunakan model dropship.

# Kekurangan: Kena berhati-hati pilih pembekal. Ada pembekal yang tidak tahu polisi ebay jadi akaun boleh disekat tanpa amaran. Keuntungan juga kecil.

# Kelebihan: Modal tidak perlu besar. Stok pun tidak perlu pegang. Bila ada jualan baru beli stok dengan pembekal.

===

2 – Model Small Iventory

Penjual sudah ada sedikit pengalaman berniaga di ebay. Sudah tahu rentaknya. Kebanyakan akaun penjual adalah top rated seller.

# Kekurangan: Bila order dah tinggi, kena pastikan setiap order dipenuhi secepatnya. Waktu sudah terhad kerana terpaksa uruskan produk setiap hari. Ketika ini sudah boleh gajikan staff untuk uruskan produk. Jika tidak kita tidak akan ada masa peribadi kerana asyik uruskan produk setiap hari.

# Kelebihan: Boleh control 100% proses pemilihan pembekal sehingga penghantaran produk kepada pelanggan. Keuntungan juga besar.

===

3 – Model Warehouse

Biasanya level ini untuk penjual yang ada modal besar. Juga syarikat produk yang menjual online tanpa website sendiri. Penjual ada akaun manager dan selalu dapat support yang banyak dari ebay sendiri.

# Kekurangan: Bila modal besar, risikonya juga besar jika penjual tidak tahu macam mana nak uruskan dengan baik.

# Kelebihan: Banyak kerja akan diuruskan oleh warehouse, jadi penjual boleh bekerja ‘one man show’. Walaupun pergi bercuti, bisnes tetap akan berjalan 24jam. Bila kerja diuruskan warehouse, penjual boleh buat kerja lebih penting seperti kerja research dan business planning.

===

Kesimpulanya…

Pilih dan rancang perjalanan bisnes ebay kita ikut kesesuaian dan keperluan sendiri.

Setiap orang, cara kerjanya tidak sama,  ada yang suka kerja sendirian. Ada yang suka kerja dengan team. Ada yang suka outsource kerja-kerja tertentu ke freelancer dan sebagainya.

Apa-apa pun, akhir tujuan kita buat bisnes adalah untuk capai kebebasan kewangan. Tentunya kewangan bebas riba.

===

Artikel ini bersumber dari nota FB Tuan Dr. Zul Ariffin beliau ada mengeluarkan ebook panduan berniaga di ebay, juga mengadakan kursus-kursus ebay. Klik link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang panduan dan kursus ebay ini

Klik di sini: >>> EBOOK PANDUAN DAN KURSUS EBAY

Sebarkan artikel ini pada kawan-kawan...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge