Anda Pasti Terkejut 7 Makanan Malaysia Ini Boleh Dijual Di Ebay!

Saya nak kongsikan sesuatu yang anda mungkin tidak jangka yang makanan pun boleh dijual di ebay.

Makanan ini pula memang banyak terdapat di Malaysia!

Pasti anda tidak jangka kerana mungkin makanan itu anda selalu makan. Bukan sedikit yang dijual, malah sampai beratus unit.

Orang selalu bertanya, nak jual apa di ebay? Sedangkan banyak yang boleh dijual.

Mari kita tengok makanan-makanan sekeliling anda yang ada potensi boleh djual di ebay.

Moga ia membuka minda dan memberikan idea untuk bertindak. Take action!

JAJAN / JUNK FOOD SUPER RING

tip ebay

Anda mesti pernah makan jajan ini kan? Saya suka juga…. Jangan lupa, Mat Salleh pun teringin juga makan jajan ni!

Penjual ebay ni dan menjual 15 unit dan mendapat jualan USD310.5 bersamaan (kiraan tukaran waktu itu) RM1387. Jual 15 unit boleh untung ribu!

Berapa ringgit modal anda untuk membeli 15 bungkus jajan super ring ini?

Apa lagi? Cuba jual. InShaAllah ada rezeki, pasti ada pembeli. Tidak berisiko pun. Bukan kena simpan stok. Kalau tiada yang beli..sudah! kalau ada yang beli…anda boleh dapatkan di kedai runcit berdekatan rumah anda je.

Orang lain boleh jual…sudah tentu kita juga boleh.

THE BOH CAMERON

tip ebay

Bermacam-macam jenis teh ada di sekeliling kita. Pelbagai jenama. Jenama Boh terkenal dengan keaslian daun tehnya kerana ia ada ladang sendiri.

Berapa harga teh ni di pasaran Malaysia? Kemudian tengok berapa unit sudah penjual ini jual di ebay? 149 unit!

USD8 + USD10 = USD18 x 149 = USD2682 = RM11,988.54!!!

Jual teh BOH je dah untung RM12k!

MEE MAGGI

tip bisnes ebay

Tengok… Mee Maggi pun boleh jual! Di sini harga baru RM5 lebih sikit je. Dia jual…USD15.50!

7 unit sudah terjual dan menyumbang sebanyak RM487. Modalnya tidak sampai RM50 pun.

GULA-GULA HACKS

tip bisnes ebay

Pergh!!! Gula-gula Hacks pun boleh jual di ebay. Murah kalau beli borong di Malaysia. Dan seller ini dah menjual 5 paket.

1 paket jual USD7.50 sepeket. Memang pandai rakyat Malaysia buat untung. Siapa kata orang Malaysia tidak pandai berniaga.

Anda tidak rasa tercabar?

Gula-gula Hacks hanya gula-gula biasa tapi dijual dengan cara luar biasa!

Siapa kata orang Malaysia tak pandai berniaga?

Gula-gula hacks gula-gula biasa tapi yang jual bukan biasa-biasa!

MAMEE MONSTER

tip bisnes ebay

Ini satu lagi…benda yang tidak disangka-sangka boleh dijual di ebay.

Saya percaya ramai yang pernah makan Mamee Monster ni. Berlambak dijual murah dalam paket besar di pasaraya atau paket-paket kecil di kedai runcit.

Berapa harga sepeket besar. Kalau beli borong, harganya dapat di bawah RM5. Dan Mamee Monster ini dijual USD12.79 di ebay.

USD12.79 x 12 x RM4.47 = RM686 (tukaran waktu itu)

Jual 12 paket jajan sahaja boleh dapat RM686!

SERBUK KARI

tip bisnes ebay

Serbuk kari Babas pun boleh jual. Fuhhh!!! 58 unit dah terjual. Kita buat kira-kira sikit…

2.29+1.99 = $4.28 x 58 x RM4.47 = RM1109.

Berapa ringgit lah Kari Babas ni sepeket kecil ya?

OLD TOWN WHITE COFFE HAZELNUT

tip bisnes ebay

Mak oihhh! Old Town White Coffee pun boleh jual?

USD19.88 x 130 unit x RM4.47 = RM11,552.27!!!! (berdasarkan tukaran asing ketika itu)

= = =

Nampak tak apa yang cuba disampaikan di sini? Malaysia ini sebenarnya kaya dengan sumber makanan yang diminati dan ada sambutan di luar negara.

Ini baru sikit! Tidak ditunjukkan semuanya. Tapi cukup untuk membuka mata dan minda sesiapa pun untuk belajar menjual di ebay ini.

Jualan di ebay menggunakan matawang Us Dollar. Di ebay, kita tidak payah ‘pam’ duit untuk buat iklan macam di FB Ads. Tidak payah mengayat-ayat suruh orang membeli (sangat sesuai bagi anda yang malas nak follow up prospek supaya beli produk)

Kerja anda di ebay cuma buat iklan, lepas itu hanya tunggu orang beli barang. Mungkin hanya ada sedikit kerja perlu dibuat, ia balas email jika ada pertanyaan tentang barang.

Lepas ada yang membeli, siapkan pesanan dan pos.

Kredit# Perkongsian di atas di tulis oleh Tuan Zul Ariffin Maarof

= = =

Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

>> KLIK DI SINI UNTUK KETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT <<

Sebarkan artikel ini pada kawan-kawan...

11 comments

  1. Kenapa dikata riba ya? Kalau kita jual benda yang sama di Malaysia pun dengan harga lebih tinggi dan ada orang sanggup beli… hukumnya harus. Kecuali bila barang keperluan harian, seperti beras, tepung dan sebagainya…. barang kurang dalam pasaran tapi kita jual dengan harga mahal sebab kita saja yang ada barang keperluan itu… barulah hukumnya berdosa.

    Riba…bila kita manipulasi duit dengan duit. Sekarang kita menjual produk dan dibayar dengan duit yang nilainya lebih tinggi. Wallahu’alam.
    ayba recently posted…Rujukan Khas Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 16 Mei 2019 IniMy Profile

    1. Jika sudah beli bermakna, xafiqa sudah masuk group support FB yang dikendalikan oleh penulis ebook tersebut. Kalau rajin baca apa yang ditulis disitu, akan ada solusi untuk masalah yang dihadapi.

      Ebay sekarang memang akan suspended akaun baru. Ini cara ebay supaya kita buktikan yang kita serius untuk berniaga di ebay. Mereka akan minta dokumen pengenalan diri. Klik Help & Contact pada laman web ebay…ikut apa yang diminta.
      ayba recently posted…Resepi Air Balang Dan Panduan Lengkap Memulakan Bisnes Air Balang Yang Boleh Beri Untung Bersih Sehingga RM7,000 Sebulan!My Profile

Leave a Reply to NOR AINI BINTI ALI Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge