Bisnes Ebay

Kongsi Ilmu Buat Duit Dengan Ebay

Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu ‘Produk’ Ni Pun Boleh Jual Di Ebay

Ramai ingin mencari pendapatan tambahan untuk menampung keperluan hidup yang mencabar. Ditambah dengan ekonomi yang tidak menentu dan harga barang yang di luar kawalan.

Mereka percaya, hanya dengan perniagaan pendapatan boleh bertambah. Namun tidak tahu bisnes apa yang boleh dibuat tanpa perlu meninggalkan pekerjaan sedia ada.

Saya sarankan untuk ceburi bisnes online…khususnya bisnes ebay!

Bila bercakap soal bisnes online, ada 2 perkara yang sering menjadi persoalan.

1 – Bagaimana nak tarik pelanggan (trafik)?

2 – Mahu jual apa?

Sebenarnya melalui ebay, 2 persoalan ini tidak menjadi soal sangat.

Trafik di ebay memang tinggi. Orang datang ke ebay memang untuk membeli. Kita tidak bercakap soal trafik seratus atau seribu orang, tetapi beratus ribu orang!

Kita hanya perlu menarik perhatian mereka sahaja. Kita tidak perlu buat FB Ads atau iklan di google atau di mana sahaja untuk iklankan bisnes di ebay.

Selama ebay wujud, bermacam benda dijual di ebay (tentunya ada syarat yang mesti diikuti) yang kadang-kadang tidak terfikir oleh otak kita.

Di sini, dikongsikan beberapa barang yang boleh dijual. Kadang-kadang modal untuk barang ini teramat murah. Dan barangnya memang di luar jangkaan!

DAUN KETAPANG

Ini penjual ebay dari Malaysia. Dia menjual daun ketapang (catappa leave/indian leave). Modalnya hanya RM8 untuk urusan pos. jualannya pula USD5.75 seunit.

Mari kita buat kira-kira sikit (kiraan berdasarkan tukaran matawang ketika itu)

Modal pos : RM8 ( $1.8)

Sale seunit : RM25.60 ( $5.75)

Ebay fees : $0.58

Paypal fees : $0.47

Untung bersih seunit : $5.75 – $1.8 – $0.58 – $0.47 = $2.90 (RM12.92)

Dengan menggunakan tukaran matawang pada $1 = RM4.4541 (tukaran ketika itu). Seller ebay ni dalam diam-diam telah berjaya menjual sebanyak 76 unit.

Keuntungan hasil dari jualan ini adalah RM12.92 X 76 unit = RM981.92! Modalnya Cuma RM8.

Di mana boleh dapatkan daun pokok ni dan apa orang putih mahu buat dengan daun ini?

Pokok ketapang banyak di Asia Tenggara. Banyak tumbuh di tepi pantai dan ditanam di tepi lebuhraya. Hidup subur di tanah berpasir.

Di Malaysia ni…pokok ini tidak dipandang langsung! Hanya dianggap tanaman landskap atau untuk teduhan sahaja.

Orang barat menggunakan daun ini untuk diletakkan dalam tangki (aquarium) ikan hiasan. Daun ketapang berfungsi mengawal PH air dan menyerap bahan kimia yang ada dalam air aquarium.

Mereka juga menggunaan daun ini untuk menggalakkan pembiakan udang.

Pokok ini tidak boleh hidup di kawasan negara bermusim, jadi daun pokok ketapang mendapat permintaan tinggi di negara barat dan kita boleh mendapatkan daun ini percuma sahaja!

TONGKAT ALI

Serbuk Tongkat Ali boleh didapati dari pembekal-pembekal tempatan.

1 oz = 28.35 g

Jika anda lihat di bawah adalah penjual online. Dia menjual serbuk tongkat ali dengan berat 200 gram berharga RM25 sahaja.

Dengan modal RM3.54/oz, penjual ebay ini berjaya menjual dengan harga $9.95/oz sebanyak 504 unit!

Mari kita buat kira-kira sedikit (kiraan berdasarkan tukaran matawang ketika itu)

Modal 1 oz serbuk tongkat Ali : $0.8

Modal pos : $1.8

Jualan 1 oz : $9.95

Customer bayar pos : $2.55

Yuran ebay : $1.25

Yuran paypal : $0.66

Keuntungan bersih seunit : $9.95+$2.55-$0.80-$1.80-$1.25-$0.66 =$7.99 @RM35.54

Seller ebay ini Berjaya menjual sebanyak 504 unit bersamaan dengan RM35.54 X 504 = RM17,912.16!

Hanya dengan menjual serbuk Tongkat Ali, sudah mampu raih pendapatan sebanyak RM17,912.16 cara sampingan sahaja!

Sebenarnya banyak sumber alam di Malaysia ini yang punya permintaan tinggi di luar negara. Kalau tidak…tidaklah mereka datang menjajah kita dahulu. Semuanya kerana hasil bumi di sebelah sini.

Anda boleh menjadikan idea ini sebagai bisnes yang mudah dibuat…hanya di ebay.

Selamat mencuba!

>> BOLEH KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN PAKEJ  EBAY INTELLIGENCE <<

= = =

#kredit: artikel ini daripada Tuan Zul Ariffin

Jika anda berminat untuk belajar menjual di ebay. Tuan Zul ada sediakan panduan lengkap untuk newbie, bagaimana mahu mulakan bisnes di ebay hanya dengan menggunakan kaedah dropship sahaja.

Xxx gambar muka depan ebay

Xxx gambar kandungan ebay

ADA 3 PAKEJ YANG BOLEH ANDA PILIH

1# Pakej berharga RM97

– Ebook Panduan Ebay Intelligence sahaja.

2# Pakej berharga RM197 (recommended!)

– Ebookk Panduan Ebay Intelligence

– Adobe Photoshop Portable

– Document template follow up customer

– Tools kit ebay

– Document template avatar multiple account

– 400 niche berpotensi di ebay

– Template keyword ebay feedback (Microsoft Word)

– Ultimate guide for dropshipping

– 50 ways to mae your first sale

–  Group support di Facebook

3# Pakej berharga RM497

– Bengkel ebay Intelligence.

– Ebookk Panduan Ebay Intelligence

– Adobe Photoshop Portable

– Document template follow up customer

– Tools kit ebay

– Document template avatar multiple account

– 400 niche berpotensi di ebay

– Template keyword ebay feedback (Microsoft Word)

– Ultimate guide for dropshipping

– 50 ways to mae your first sale

–  Group support di Facebook

>> BOLEH KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN PAKEJ  EBAY INTELLIGENCE <<

p.s/ Jika anda rasa ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan USD yang bakal diperolehi dari ilmu ebay yang anda dapat daripada ebook ini. Bayangkan juga jumlah RM selepas ditukar dari USD. Income anda mungkin berganda daripada nilai pelaburan ini.

 

2 Comments

  1. kat ebay, memacam leh jual.

    market lebih besar dari biasa.

    hoho
    titan recently posted…Hutang ialah Raksasa MalapetakaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

© 2018 Bisnes Ebay

Theme by Anders NorenUp ↑