Pelajar Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berusia 20 Tahun Buat Sales RM9,159.61 Waktu PKP Di Ebay USA

Ramai bertanya kepada saya, “Boleh lagi ke buat sales waktu PKP ni?”

Ya masih boleh! Sedangkan pelajar umur 20 tahun pun boleh berjaya buat sales waktu tengah tidak buat apa-apa waktu PKP ini.

Kisahnya macam ini…

Dia ini pelajar engineering. Saya yang ajar dia subjek engineering mathematics tahun lepas.

Waktu dalam kelas, saya selalu lontarkan soalan sebagai ajakan kepada pelajar untuk berfikir.

“Kenapa awak sambung diploma?” Ada yang jawab untuk sambung degree.

Saya bertanya lagi, “apa tujuan awak sambung degree?”

Ada yang terdiam. Ada yang menjawab. Kebanyakan jawapan yang diberi adalah:

1 – Entah! Saya ikut kawan-kawan je.

2 – Mak yang suruh.

3 – Hendak gaji besar.

4 – Hendak pangkat besar bila kerja nanti.

5 – Hendak kumpul duit bila dapat kerja besar nanti dan nak kahwin cepat!

Jawapan ini menunjukkan kebanyakan mereka tidak ada hala tuju hidup yang jelas.

Saya selalu ingatkan pelajar ini… bagus untuk kejar kelulusan. Tidak salah. Kalau ada kelulusan memang satu kelebihan. Tapi kena niatkan sambung belajar ini kerana ilmu.

Dan kena ingat betul-betul… zaman sekarang ini tidak cukup sekadar ada kelulusan sahaja.

Orang yang ada PhD pun, gaji permulaan hanya RM5k++. Hantaran kahwin pun standardnya RM10k. Kalau hantaran kahwin RM1k memang akan viral. Maksudnya sudah jadi benda pelik.

Duduk di kampung pun kena zuhud. Kalau hidup normal, duduk di kampung pun tidak cukup dengan gaji yang ada. Kerana kebanyakan graduan baru hanya dapat gaji yang cukup makan sahaja.

Banyak bendak hendak dibeli, hendak dimiliki.

Dengan kata mudah, 1 punca atau sumber pendapatan sahaja tidak cukup lagi zaman sekarang.

cara buat jualan di ebay masa PKP

Diploma, Degree, master, PhD itu adalah ilmu formal yang boleh dapat di university. Hanya mengharapkan gaji dari kerja dengan ilmu yang belajar secara formal di university memang tidak cukup untuk kehidupan.

Sambil belajar ilmu formal, kena tambah imu lain terutama ilmu keusahawanan.

Kena belajar dan asah skill keusahawanan atau ilmu berniaga seawal usia yang mungkin. Insya-Allah bila grad nanti, ilmu keusahawan ini yang akan banyak membantu bila berada di dunia luar nanti.

Untuk asah bakat berniaga, kenalah berniaga kecil-kecilan dulu.

Salah satu platform untuk start mengasah ilmu berniaga atau keusahawanan adalah EBAY.

Klik > BELAJAR ILMU BERNIAGA DI EBAY DI SINI

Di eBay, kita tidak perlu fikir soal marketing. Hanya focus kepada apa produk hendak dijual yang menepati polisi eBay. List di eBay dan hanya tunggu produk terjual.

Income boleh mencecah 4 kali ganda dari gaji sekarang!

Jadi salah seorang dari pelajar saya telah sedar akan hal ini. Dia ambil tindakan dengan serius.

Inilah hasilnya. Tahniah. Saya cuma tumpang bangga dan puas. Sebab dia sudah berjaya mengubah pemikiran dan membentuk pemikiran usahawan semasa masih belajar lagi.

Klik > SAYA MAHU MEMBINA BISNES EBAY SAYA SENDIRI

Saya ringkaskan dan edit dengan ejaan penuh daripada perkongsian Tuan Zul Ariffin Maarof. Beliau penulis ebook EBAY INTELLIGENCE

 

Sebarkan artikel ini pada kawan-kawan...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge