Penyelesaian Tentang Isu Selling Limit Bagi Akaun Baru Ebay

Ebay secara ‘default’ akan bagi setiap akaun baru ebay hanya limit 10 item (10 barang yang oleh dijual) dalam sebulan dengan nilai: USD500

Penjual baru ebay yang bersemangat, tentu akan rasa tidak sabar untuk menunggu sampai ebay naikkan limit secara berperingkat mengikut perkembangan jualan.

Sebenarnya kita boleh minta untuk ebay naikkan selling limit (had jualan) ini.

Ada 3 cara yang boleh kita lakukan:

1# Minta pihak ke 3 (3rd party service) bantu naikkan selling limit. Ini tentu dengan bayaran.

2# Chat dengan ebay Malaysia atau hantar email minta naikkan limit. Ebay akan minta beberapa dokumen pengesahan. Submit dokumen yang diminta. Akan ambil masa beberapa hari juga untuk selesai.

3# Terus kontak ebay USA, minta naikkan selling limit. Jawab soalan-soalan mudah yang ditanya.

Cara yang paling cepat dan mudah adalah kaedah/cara #3.

Jangan takut untuk hubungi ebay USA. Ini cara yang boleh kita buat:

-Klik di website ebay bahagian: Help and Contact

-Pergi ke bahagian: account > selling limit

-Klik: contact me di bahagian bawah sekali.

#Sebelum itu, sediakan semua maklumat yang kita guna untuk daftar di ebay supaya kita dapat menjawab dengan yakin dan tidak tercari-cari bila diperlukan.

Pihak ebay akan bertanya soalan-soalan seperti berikut:

  1. What is your fist name & last name.
  2. What is your poscode.
  3. What is your email & ebay ID

Dan beberapa pertanyaan yang lain.

Selepas itu kita akan ‘dihantar’ ke bahagian selling limit dan bahagian ini akan tanya juga beberapa soalan seperti berikut:

  1. What item do you sell.
  2. Which category you sell.
  3. What is you plan.

Dan beberapa soalan lain.

Jangan panik dan jangan ketar lutut. Jawab je pertanyaan dan beritahu yang kita perlukan selling limit yang tinggi sikit sebab ada stok banyak hendak dijual.

Jangan cakap kita buat dropship atau juang barang branded.

Elak dari beritahu kita jual barang yang boleh melanggar peraturan ebay.

Selepas bertanya beberapa soalan, ebay akan menilai reputasi beberapa perkara tentang akaun ebay kita;

1# Ada atau tidak opencase yang belum selesai.

2# Negatif feedback.

3# Berapa barang sudah terjual dan beberapa perkara lagi.

Kemudian pihak ebay akan naikkan selling limit bergantung kepada prestasi akaun.

Seeloknya sebelum menghubungi ebay untuk menaikkan selling limit, kita telah buat beberapa jualan. Itu menunjukkan yang kita memang perlukan selling limit.

Jika tiada masalah, ebay akan menaikkan selling limit dalam masa 10 minit sahaja.

Jika akaun sudah ada jualan, limit yang dinaikkan mungkin tinggi. Jika masih belum ada jualan, limit yang dinaikkan mungkin rendah atau tidak berjaya langsung.

Macam mana cara untuk hubungi ebay USA?

Boleh gunakan skype dan ‘contact No.’ seperti gambar di atas. Pastikan letak kod panggilan +1 di depan. Itu sahaja caranya.

Gambar berikutnya adalah contoh, macam mana akaun yang masih baru lagi sudah berjaya naikkan selling limit dari 10 listing = USD500 sebulan kepada… 350 listing = USD2000 sebulan.

  1. Good Luck semua. Moga kita berjaya dalam perniagaan ebay ini.

== == ==

PS: artikel ini daripada status FB Tuan Dr. Zul Ariffin Maarof. Tuan Dr. Zul ada mengeluarkan ebook dan mengajar ebay melalui bengkel kursus.

Klik link di bawah untuk keterangan lanjut:

>>KETERANGAN LANJUT TENTANG EBOOK DAN BENGKEL EBAY<<

 

Sebarkan artikel ini pada kawan-kawan...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge