Ini artikel tentang Bro Zul Ariffin Maarof.

Baca kisah benar yang diceritakan beliau sendiri untuk diambil iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar daripada masalah kewangan.

Artikel cerita ini panjang sikit. Cerita Bro Zul Ariffin Maarof macam ni…

Tahun 2016 adalah tahun yang sukar! Selepas kahwin saya pindah menetap di rumah sendiri di Parit Raja, Batu Pahat Johor. Yalah…dah kahwin, takkan nak menumpang rumah mak ayah pulak!

Bila duduk rumah sendiri, saya bincang dengan orang rumah untuk buka kedai makan…ada baki sikit duit lepas kahwin dan lepas settle down barang-barang. Duit tu yang akan dijadikan modal niaga.

Selepas berkira-kira atas kertas, tambah tolak begitu begini, modal nak buka kedai adalah dalam 5 hingga 6 angka. Lepas ada keputusan, saya invest masuk kedai, ubah suai dan beli alatan barang kedai.

Untuk buka kedai ni, saya tak gunakan sebarang pinjaman. Semua perbelanjaan dari baki duit kahwin yang saya kumpul dari bisnes online dan bisnes ebay….lebih banyak sumber tu dari ebay lah.

Kalau nak harapkan duit biasiswa PhD, bulan-bulan RM2000 memang tak cukuplah nak buat kahwin, buka kedai, bercuti, beli kereta dan macam-macam lagi.

So…hajat saya sebelum habis PhD nak ada bisnes offline dah tercapai. Alhamdulillah…

Malangnya…selepas kedai dah buka baru saya sedar, banyak duit digunakan. Deposit kedai sahaja dan dekat RM15k, belum lagi duit untuk barang-barang mentah, pendawaian dan ubah suai kedai.

Saya dah mati akal…duit bajet yang ada dah tak cukup…jadi saya cuba cari modal sana sini….

Jadi saya ambil jalan mudah dengan apply kad kredit Maybank…walau saya tahu kad kredit tak elok kerana ada riba’, ada hantu! Tapi keadaan memaksa saya untuk ambil juga kad kredit.

Bank proses permohonan kad kredit saya mengunakan bank statement walau saya tiada slip gaji dan dokumen sokongan lain. Selepas 2 minggu saya dapat kad kredit dengan maksimum limit RM9000. Dalam hati saya cakap bagus juga kerana saya mohon limit RM4000 je.

Dan…bermulalah perangkap kad kredit…

Tanpa sedar, segala perbelanjaan saya gunakan kad kredit hingga menghampiri limit…walau saya tahu kad kredit ni…interest dia tinggi…tapi saya asyik fikir, besok boleh bayar, nanti boleh bayar…yang penting masalah sekarang selesai.

Lama kelamaan, kad kredit memerangkap diri saya. Duit pusingan bisnes makin kurang…interest kad kredit pula makin bertambah.

Jualan kedai pula waktu tu tengah jatuh…duit jualan hanya cukup untuk beli stok bahan mentah, bayar utility dan bayar gaji pekerja.

Saya mati akal. Otak mula kusut. Hati bimbang. Jiwa berserabut. Dalam hidup saya, saya benci dengan hutang…sekarang saya dibebani hutang kad kredit dan masalah bisnes.

Waktu saya mula buat degree, saya sudah cari jalan untuk selesaikan hutang PTPTN. Saya nekad dalam hidup tidak mahu ada hutang dari bank langsung. Sekarang hutang kad kredit ni…buatkan kepala saya kusut.

Saya kembali kepada fitrah manusia bila fikiran dan hati berserabut….meminta kepada Yang Maha Kuasa. Saya solat sunat minta betl-betul pada Allah malam-malam…untuk berikan ilham pada saya untuk keluar dari masalah hutang.

Saya doa minta betul-betul, “Ya Allah, Kau bebaskanlah ak dari hutang kad kredit ini. Kepala aku dah kusut. Tunjukkan aku jalan keluar dan berikanlah aku ilham untuk keluar dari masalah riba ini.”

Lepas solat hati saya tenang sikit…tiba-tiba saya dapat idea untuk buka semula akaun-akaun ebay saya yang dulunya banyak membantu saya kumpul duit kahwin.

Berbekalkan sedikit ilmu research yang saya diajar cara buat research waktu saya buat PhD, saya aplikasikan teknik research PhD tu dengan mengkaji cra mengenalpasti jualan produk yang ada permintaan tinggi di ebay…

Dan tiba-tiba saya dapat idea tentang orang Israel…

Orang Israel ni tiada tanah, tiada negara, populasi paling sedikit di dunia…tapi macamana dia boleh control dunia. Macamana dia orang boleh pegang ekonomi dunia.

Dengan fakta ni, saya focus pada cara orang Israel ni buat jualan di ebay. Saya kaji barang-barang yang orang Israel jual. Saya percaya dia orang tak jual barang dari negara sendiri terutama seller-seller baru. Tentu dia orang pakai konsep dropship.

Dalam proses pencarian tu, saya dapat lagi ilham untuk cari barang trending yang orang cari. Dan saya gabungkan barang trending ni dengan seller dari Israel, iaitu siapa seller Israel yang jual barang tu.

Dalam pencarian barang trending ni saya tengok kat facebook trending, raddit.com dan googe keyord trend…ciri-ciri item trending ni mengikut indicator yang saya tetapkan. Mesti ada 2 ciri;

1- Barang ni tak vero.

2- Kelajuan untuk jual barang ni mestilah lebih 10 unit dalam masa beberapa jam.

saya jumpa apa yang saya cari.  Saya fikir saya tak mahu dedahkan pada sesiapa. Saya nak ‘makan’ dulu teknik ni sampai lama-lama…tapi saya terbaca satu post di facebook.

Hati saya tersentuh…seseorang ni baru je belie book pre-launch saya, tapi dia post bagi tahu anak dia sakit…ada tak siapa-siapa yang boleh bagi pinjam duit untuk hantar anak ke klinik (saya tak like dan saya tak komen apa-apa…Cuma saya terpanggil untuk cari jalan nak bantu dengan ilmuyang saya ada)

Saya rasa macam nak pulangkan semula duit dia. Tapi carat u hanya membantunya untuk sementara sahaja, tidak boleh menolong bantu ekonomi dia untuk jangka masa panjang.

Saya tahu…di luar sana, ramai lagi yang tertekan dengan masalah duit dengan harga barang melambung tinggi tidak pernah turun. Begitu tertekannya kehidupan sekarang ni sampai ada yang PM saya di facebook…cakap nak bunuh diri! Tanpa iman, tidak mungkin kita dapat bertahan.

gambar1 bisnes ebay ahmadyani

Tapi jujurnya, player ebay tidak akan mungkin dedahkan barang apa yang mereka jual. Sebab itu periuk nasi. Takut seller ebay lain akan jual dan mainkan harga.

Tapi saya sudah nekad nak dedahkan juga atas niat boleh bantu ekonomi diri dan keluarga.

Panjang saya membebel….saya sambung hasil kajian saya.

Saya jumpa satu barang yang orang Israel ni jual..SUSHI MAKER SUSHEZI BAZOOKA. Jualan barang inilah yang telah bantu saya selesaikan segala masalah hutang kad kredit saya dalam masa 21 hari.

Kenapa 21 hari? Sebab paypal tahan duit yang saya dapat tu dalam 21 hari. Jualan yang saya buat dalam 3 hari je dah cecah RM10k. Cuma saya kena tunggu 21 hari sebelum dapat duit tu. Paypal tahan duit tu sebab akaun ebay saya masih baru.

Supplier barang ni dengan hanya gunakan dropship. Saya buat research dari seller-seller lain, terutama seller dari China. Seller China ni jual USD4.99 barang yang sama.

gambar2 bisnes ebay ahmadyani

Ini pula seller Israel. Dia jual USD22. Barang yang sama tapi harga berbeza.

gambar3 bisnes ebay ahmadyani

Ini pula harga supplier dari aliexpress.com. Kenapa aliexpress? Sebab supplier aliexpress ni…semua orang tahu…mereka memang dah mahir untuk kirim barang ke USA.

buat duit dengan ebay

Kita kira berapa profit bersih dari seller Israel ni. Anda boleh install apps di HP anda untuk dapatkan estimate net profit anda seperti di bawah. Profit bersih $14.07. Profit 14.07 x 150 unit = $2100.50 = RM9388

buat duit dengan ebay

Ok…ini listing saya pula. Saya buat listing sama, tapi saya ubah sedikit gambar dan improve tajuk, gunakan keyword yang biasa barang terjual. Dan hasilnya anda boleh lihat di bawah. Listing saya mendapat viewer yang sangat tinggi. 325 viewed sehari secara percuma sahaja.

buat duit dengan ebay

Oleh sebab barang trending…barang ni dapat viewer yang sangat tinggi. Selepas saya buat ubahsuai iklan, akhirnya iklan barang yang saya jual keluar di page pertama, ranking nombor 1. Hasil daripada teknik dan adjustment yang saya buat. Saya tunjukkan bukti beberapa banyak yang terjual…

buat duit dengan ebay

Lebih 300 unit terjual dan hasil dari jualan ini saya dapat reward tertinggi dari ebay…Top Rated Seller + Power Seller di ebay. Syarat menjadi top rated seller + power seller mestilah ada ciri-ciri berikut;

# Tak ada masalah open case / dispute case

# Kurang dari 0.3% percentage case closed without resolution

# Akaun ebay mesti lebih 90 hari

# 100 transaksi bersamaan USD3000 dalam masa 12 bulan.

# 1 day handling business processing time

# Servis mesti tip top plus. Upload tracking numbers within 24 hours.

Apa kelebihan dapat jadi top rated seller + power seller?

# Akaun dapat diskaun seller final value fee 20%

# Listing cepat live selepas upload iklan

# Visibility tinggi. Viewers bertambah ramai

# Banyak lagi kelebihan

Apa yang saya minta pada Allah hanya untuk dapat selesaikan hutang kad kredit…tapi Alhamdulillah, bkan hanya hutang kad kredit selesai malah saya dapat akaun ebay yang sangat powerfull.

Ebay tetapkan syarat perlu buat jualan $3000 bersamaa 100 transaksi dalam 12 bulan untuk dapat rop rated seller + power seller, tapi saya buat jualan tak sampai pun sebulan! Semuanya dengan kuasa Allah.

Kalau Allah nak bagi, bila-bila masa dia boleh bagi. Allah Maha Kaya.

Saya bersyukur sangat-sangat. Artikel ini adalah sebahagian dari usaha saya sebagai tanda kesyukuran untuk berkongsi dengan orang ramai bagi menyedarkan betapa pentingnya akaun ebay ini untuk bantu kita tamping masalah ekonomi kita…

Akaun ebay adalah asset yang berharga.

Nilai akaun ni lebih bernilai dari jumlah hutang kad kredit saya. Dengan akaun ni saya boleh generate income 5 angka setiap bulan!

buat duit dengan ebay

Ini screenshot yang sempat saya rakamkan sebagai study case untuk anda. Duit yang saya withdraw dari paypal ke akaun bank untuk bayar hutang kad kredit. Sebulan dalam bulan 12 saya dapat gaji 9 kali…..

buat duit dengan ebay

Ini pula adalah screenshot duit yang dan clear masuk ke akaun bank…

buat duit dengan ebay

buat duit dengan ebay

buat duit dengan ebay

buat duit dengan ebay

Hasil profit dari 1 akaun ini adalah RM14,145.75. Ini belum termasuk sekali dengan hasil dari akaun-akaun ebay yang lain.

Kalau withdra ke akaun bank, akan ambil masa 2-5 hari bekerja. Manakala withdraw ke kad instant terus masuk ke akaun bank. Sebab tu, anda nampak kat screenshot paypal tu, ada dalam USD dan RM. Withdraw ke kad ni rugi sikit sebab kena tolak yuran USD5 setiap transaksi…tapi boleh dapat duit cepat! Tidak perlu tunggu 2-5 hari.

90% hasil duit ni saya buat bayar hutang kad kredit dan 10% lagi saya reward diri sendiri…belanja isteri makan-makan dan shopping.

Macama mana saya buat? Caranya mudah je…nampak macam simple tapi tidaklah simple jika tidak faham. Jadi kena faham betul-betul.

Caranya macam ni…

LANGKAH 1;

Cari produk yang trending di www.reddit.com Luangkan masa, baca apa yang trending dan yang tak trending.  Tahu tak apa website ni? Saya pun tak tahu! He.he..heeee. Apa yang saya tahu, reddit ni macam forum. Cuma website ni punya trafik yang sangat tinggi di USA.

buat duit dengan ebay reddit

Dari website ni, anda perhatikan topik yang mendapat hits tertinggi dan cuba luangkan masa…baca apa yang tengah diborakkan oleh ahli forum di sana. Selain itu, anda juga boleh kaji dari facebook…tengok apa topik yang tengah trending di USA.

buat duit dengan ebay

LANGKAH 2;

Setelah jumpa barang yang hot. Cuba carian di ebay pula. Tengok ada tidak, produk yang anda kaji tu mempunyai demand yang tinggi di ebay.

Ciri produk yang mempunyai demand yang tinggi;

  1. Barang tu mestilah terjual sangat laju dalam masa 1jam, dalam masa 24jam atau lebih 10 unit terjual dalam sebulan.
  2. Barang tu boleh dapat dari supplier dari aliexpress.com dan boleh buat dropship.
  3. Barang tu tidak vero. Anda boleh jual dalam kuantiti yang banyak.

LANGKAH 3;

Kalau dah jumpa barang dengan 3 ciri di atas…apalagi cepat-cepatlah listing di ebay. Setting sama harga atau lebih tinggi. Jangan risau! Walau anda letak harga tinggi, InShaAllah, akan ada yang membeli.

Rezeki Allah ni luas. Ada buyer yang takut nak beli barang murah sangat. Ada buyer sukakan harga murah. Perangai buyer di ebay macam-macam. InShaAllah barang anda akan terjual.

INILAH 3 LANGKAH yang saya buat untuk selesaikan masalah hutang kad kredit.

Kalau anda tanya saya, mana lebih mudah jual barang? Gunakan facebook atau Instagram untuk jual barang…jawapan saya mestilah ebay.

Kenapa jual barang di ebay lebih mudah?

Sebabnya…di ebay;

Anda tidak perlu pandai mengayat.

Tidak perlu pandai mengarang ayat copywriting yang hebat-hebat.

Tidak perlu buat split test.

Tidak perlu layan whatsapp dan PM yang kadang-kadang orang suka tanya-tanya…belinya tidak. Habiskan masa kita je.

Anda tidak perlu buat semua tu. Serius penat. Saya dah alami dulu sampai isteri tegur, “hai bang…layan pelanggan lagi lama dari layan isteri!”

Ebay ni sangat mudah. Orang yang datang ke ebay memang dah mindset di kepala mereka untuk membeli…anda hanya cari barang yang orang hendak dan listing di ebay. Kalau mereka setuju dengan harga dan faham item description, InShaAllah mereka akan beli.

Ebook Panduan Buat Bisnes (Buat Duit) Di Ebay.

Saya selalu dapat PM, whatsapp dan email yang bertalu-talu minta saya buatkan panduan macam mana nak buat bisnes di ebay ni.

Maka saya dokumenkan pengalaman (cara) saya buat bisnes (duit) di ebay. Apa yang saya share dalam artikel ini hanya 5% sahaja daripada kandungan dokumen tersebut yang saya muatkan dalam ebook.

Ini kandungan ebooknya…

Pendahuluan

Bab 1 :Pengenalan ebay

Bab 2 : Fakta Asas sebagai penjual di ebay

Bab 3 : Persediaan memulakan bisnes di ebay

Bab 4 : Software / Tools bisnes di ebay

Bab 5 : Langkah-Langkah membuat multiple account ebay

Bab 6 : Tips penting  di ebay

Bab 7 : Teknik membina reputasi di ebay

Bab 8 : Jenis barang “vero” dan “non vero”

Bab 9 : Teknik kajian pasaran secara manual

Bab 10: Teknik kajian pasaran secara auto

Bab 11: Teknik listing Auction & BIN

Bab 12: Case study  Barang Dropship

Bab 13: Case study  barang tempatan

Bab 14: BONUS 1-Senarai supplier barang Print On Demand (POD)

Bab 15: BONUS 2- Senarai supplier wholesaler UK

Bab 16: BONUS 3- senarai supplier USA-China-wholesaler

Bab 17: BONUS 4- Teknik ebay intelligence 1: dropship menggunakan supplier 1688.com

Bab 18: BONUS 5- Teknik ebay intelligence 2: Case study sushi maker bazooka

Bab 19: BONUS 6-Teknik ebay intelligence 3: Case study China Vs Malaysia

Penutup

Ebook ini sesuai untuk newbie atau bekas ebayer. Ianya ebook ‘proven case study’ dan easy friendly.

Teknik dalam ebook ini…simple tapi powerfull. Anda boleh terus praktik. Cuma kena sabar sikit kerana akaun baru perlukan 90 hari untuk ‘kuat’. Dan dalam 90 hari ini, kalau ada jualan, paypal akan ‘tahan’ duit dalam masa 21 hari.

Setiap step diceritakan secara terpeinci…apa yang patut anda buat, bagaimana nak mula, macam mana nak jual dan sebagainya.

Pelaburan yang anda keluarkan untuk memiliki ilmu dalam ebook ini sangat berbaloi. Selagi ebay ada, ilmu ini boleh digunakan.

EBOOK INI 100% SUDAH SIAP!

Anda boleh klik link berikut untuk menempah ebook ebay…

>> TEMPAH EBOOK EBAY DI SINI <<

Kredit untuk,

Zul Ariffin Maarof

-Ebay Intelligence Academy-

 

 

 

 

>> DAFTAR NAMA UNTUK TAHU LEBIH TENTANG EBAY <<