Strategi Usahawan Ebay Tingkatkan Kerja Dan Jualan Di Platform Ebay Musim Pandemik Covid

Ramai usahawan Ebay merungut sebab cabaran nak buat bisnes di Ebay sudah tidak sama macam waktu biasa terutama masalah penghantaran barangan ke luar negara.

Belum lagi dengan dengan polisi dan trademark yang kena jaga.

Kita sebagai usahawan boleh dan ada pilihan yang dapat kita kawal.

Sama ada mahu give up dan stop berniaga di ebay atau teruskan dengan upgrade skill secepat yang mungkin.

Dalam kelas yang saya kendalikan, saya tekankan untuk sentiasa monitor dan periksa kriteria produk yang dijual. Follow tak kriteria yang ditetapkan?

Ebay seller perlu sentiasa follow polisi supaya akaun tidak kena suspended atau restricted.

Selain itu bila setiap kriteria difollow dengan baik, kita dapat maintain trafik yang masuk dan akhirnya boleh mencapai peringkat Top Rated Seller (TRS).

Bila dapat mentain TRS dalam tempoh 12 bulan, ebay akan call dan jemput untuk join account manager program.

Seller ebay yang ada account manager, kerja mereka lebih mudah. Banyak dapat program, banyak kerja yang dapat dilakukan… marketing, expansion, outsourcing dan sebagainya.

Bagi seller TRS ebay yang ada akaun manager, akaun ebay mereka akan tahan lebih lama dan akaun ebay mereka akan menjadi ‘kebal’. Seller TRS akan mampu bertahan dan terus berkembang.

Selain itu ada support terus dari ebay. Ebay yang offer support ini, macam kiriman emel dari ebay seperti di bawah:

panduan bisnes ebay onine

Jadi, bagi seller baru di ebay atau sesiapa yang ingin mula berniaga di ebay…

Perkara pertama yang kena buat adalah kuasai ilmu asas berniaga di ebay dan sentiasa ingat untuk follow polisi yang ebay tetapkan.

Memang tidak dinafikan, sekarang adalah waktu mencabar untuk berniaga di ebay.

Tetapi ingatlah, apa-apa perniagaan pun sedang menghadapi waktu mencabar. Ini adalah perniagaan… bukan skim cepat kaya!

Jadi, enjoy proses membangunkan perniagaan. Belajar… buat… ulang semula proses belajar dan buat, mantapkan pengalaman. Akhirnya kita akan mendapat apa yang kita inginkan.

Itulah caranya untuk menjadi penjual di ebay bertaraf VVIP.

Klik di sini: >>> DAPATKAN PANDUAN LENGKAP BAGAIMANA UNTUK BERNIAGA DI EBAY

===

Kredit: Dr Zul Ariffin Maarof

Sebarkan artikel ini pada kawan-kawan...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge